Minggu 2

Assalamualaikum.

Pada minggu ini, kami mempelajari tentang beberapa topik yang terdapat dalam sukatan. Antaranya ialah kami dikehendaki mengumpul dan mengkategorikan bahan-bahan video, audio, dan juga imej. Kami memulakan langkah dengan memberi huraian pengenalan kepada ketiga-tiga bentuk bahan tersebut. Kami juga menghuraikan tentang langkah-langkah dengan terperinci untuk mendapatkan atau memuat turun bahan-bahan tersebut melalui internet. Kami berasa sangat selesa melakukan kerja ini kerana bagi kami ianya agak mudah dan kami terhidur untuk melakukannya. 

    Seterusnya, kami juga dikehendaki mencari maklumat mengenai jenis-jenis enjin pencarian. Kami telah mengemukakan beberapa jenis enjin pencarian yang wujud antaranya ialah "Google", "Yahoo!", dan juga " Bing ". Kami meneroka beberapa maklumat tambahan mengenai pengertian kepada enjin pencari yang telah kami kemukakan. Kaedah print screen juga telah diaplikasikan untuk mendapatkan gambar contoh kepada enjin pencari tersebut untuk penampakkan yang lebih jelas.

 

    Selain itu, kami juga mempelajari cara-cara untuk membuat pautan pada laman web kami dengan menggunakan perisian yang ada pada webnode. Pendedahan awal telah diberikan kepada kami oleh pensyarah iaitu Encik Latib tentang langkah-langkah yang perlu kami lakukan untuk menghasilkan pautan. Kemudian, kami cuba mempraktikkan langkah-langkah tersebut dan kami berjaya melakukannya seperti yang dikehendaki pensyarah. Pengajaran yang diberikan berkesan kepada diri kami. Antara pautan yang kami berjaya hasilkan ialah bahan-bahan bacaan yang diteroka melalui internet, bahan-bahan audio seperti bunyi kenderaan dan binatang, serta beberapa pautan video yang kami teroka pada ruangan Youtube. Alhamdulillah, kami berasa sangat bersyukur kerana kami memperoleh ilmu yang sangat bermaanfaat pada diri kami dan sangat berguna pada masa yang mendatang.