Tajuk 14

 

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

 

Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat

Amali 1:

1. Cari maklumat tentang cakera padat

    a. Definisi

    b. Jenis-jenis

    c. Cara penyimpanan maklumat

    d. Kebaikan dan kelemahan

    e. Perbezaan CD dan DVD

Amali 1

Memahami cakera padat CD dan DVD

CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer. 

 

Rajah1: Permukaan cakera yang berlubang tempat data disimpan 

Bagaimana cakera padat menyimpan data? 
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1. Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0. Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang. 

Perbezaan CD dan DVD 
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format. 

Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data. 

Format CD 
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras. 

Format DVD 
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVDsedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman. 
 

Format DVD

Ciri-ciri

DVD-R

-DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.

DVD+R

-Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-RAM

-DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.

DVD-RW

-DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secaraurutan.

DVD+RW

-Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-R/W

-Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan  

 bawah).

DVD+R/W

-Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan

 bawah).



Namun begitu apa yang kita harapkan ialah akan lebih banyak perakam DVD yang dapat menyokong lebih dari satu format-format di atas, Jadi jika anda terdesak untuk membeli perakam DVD hari ini, cari-carilah model yang dapat membaca dan menulis multi-format - terutama sekali format "tambah" dan "tolak".

 

 Cara penyimpanan maklumat

A. Menggunakan Perisian Nero.

 

 

 1.     Pastikan komputer atau  laptop anda sudah hidup dan sudah ada CD-RW atau DVD-RWnya. Saya sarankan menggunakan DVD-RW.  DVD-RW  boleh digunakan

         untuk membakar CD dan DVD.

2.      Pastikan komputer anda sudah terisi dengan perisian Nero dan memasukkan CD atau DVD kosong  atau yang belum diisikan sebarang maklumat di dalamnya.

3.      Klik dua kali pada butang shortcut Nero StartSmart pada komputer anda.

4.      Di atasnya menu Favorites, Data, Audio serta pilihan CD/ DVD, CD, DVD. Sila pilih mana-mana menu tersebut mengikut jenis cakera yang anda gunakan. (misalnya

         memilih CD).

5.      Kemudian klik menu Data dan pilih Make Data CD

6.      Jika ingin menambahkan data yang akan di burning, klik + Add. Jika ingin menghapus data yang sudah ditambahkan, klik - Delete

7.      Klik Next. Muncul Final Burn Settings. Sila isi kotak Disc name. Perhatikan! disebelah kiri ada tanda panah. klik, pada pengaturan Writing speed, dan aturkan

         maklumat-maklumat di dalamnya. Kemudian  klik Burn.

8.     Tunggu proses burning. Jika sudah selesai muncul pemberitahuan : Burn process completed successfully. Kemudian klik OK.

 

 

B. Menggunakan Perisian ImgBurn.

 

1- Dapatkan perisian ImgBurn dan install seperti biasa.

2- Masukkan CD/DVD kosong ke dalam CD/DVD drive anda.

3- Lancarkan program ImgBurn. Klik pada menu Mode > Write atau tekan sahaja Ctrl + Alt + W.

4- Klik pada butang “Browse for a file…”

5- Piih fail ISO yang anda hendak burn, dan tekan butang OK

6- Klik pada Write. Tunggu hingga proses selesai.

 


 

 

Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu

Amali 2:

a. Ciri-ciri perisian yang baik untuk digunakan dalam p&p bahasa Melayu

b. Buat penelitian terhadap CD yang telah anda beli untuk melihat sama ada mempunyai ciri-ciri perisian yang baik



 

Ciri-ciri perisian yang baik untuk digunakan dalam p&p bahasa Melayu
 

  • Mempunyai reka letak yang menarik.
  • Mudah difahami oleh murid.
  • Mesra pengguna.
  • Isu pengajaran yang benar dan tepat.
  • Harga yang berpatutan.
  • Mudah alih.

 

Penelitian terhadap CD yang telah dibeli untuk melihat sama ada mempunyai ciri-ciri perisian yang baik.

 

Ciri-ciri yang dikaitkan dengan Teori Pemprosesan Maklumat Pembelajaran dan Memori oleh Robert Gagne.

 

 

Fasa pembelajaran

 

CD Pembelajaran

Menarik perhatian

 

                                    Ya

Beritahu objektif  p&p - tingkatkan motivasi & jangkaan

 

                                  Tiada

Merangsangan ingatan masa lampau
 

                                  Tiada

Mempersembahkan maklumat baru / isi pelajaran

 

                                     Ya

Menyediakan panduan pembelajaran

 

                                     Ya

Menyediakan latihan

 

                                     Ya

Memberikan maklum balas

 

                                  Tiada

Menilai/meninjau pencapaian

 

                                     Ya

Meneguhkan ingatan dan pemindahan pelajaran

 

                                     Ya

 

 

Ciri-ciri yang dikaitkan dengan ciri-ciri perisian yang baik.

 

   
Aspek CD Pembelajaran

Mempunyai reka letak yang menarik

            Ya

Mudah difahami oleh murid

            Ya
Mesra pengguna             Ya
Isu pengajaran yang benar dan tepat             Ya
Harga yang berpatutan             Ya
Mudah alih             Ya

 

 

Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu

Amali 3:

a. Berdasarkan CD pembelajaran  yang telah anda beli, bina RPH  untuk menggunakannya dalam p&p

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN