Tajuk 1

 

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
 
  • Menggunakan web, video, audio, dan imej

  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

 

 

 

Penggunaan Web dalam Pengajaran Bahasa Melayu

 

Web merupakan satu perisian yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Pada zaman dulu, merupakan sesuatu yang amat asing sekali dalam pendidikan. Namun pada era globalisasi yang semakin pesat kini, penggunaan web dalam pengajaran amat-amat membantu guru dan murid dalam menjayakan pembelajaran dan pengajaran pada hari itu.

Penggunaan web dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian seperti mendapatkan maklumat. Dalam membantu murid untuk memahami dengan lebih lanjut tentang isi pembelajaran. Laman web tertentu dapat membantu murid untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Terdapat pelbagai laman web yang boleh kita dapatkan di dalam enjin pencarian seperti laman web yang berdaftar dan berbayar (mempunyai domain) dan laman web yang percuma seperti blogspot.com, webnode.com, moodle.com, wordpree.com dan lain-lain lagi.

 

1) Guna enjin pencarian yang sesuai

  

 

2) Contoh laman web yang boleh digunakan untuk mencari maklumat.

 

Penggunaan Video dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Video merupakan satu bahan bantu belajar yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Video mempunyai pelbagai jenis bentuk format seperti mp4, flv, dvd dan bluray. Setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri. 

Penggunaan video dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian seperti set induksi. Dalam sesi set induksi di dalam kelas, video-video boleh digunakan sebagai rangsangan untuk memulakan kelas.

Terdapat pelbagai video yang boleh kita dapatkan di dalam internet seperti di laman web Youtube, Metacafe dan Vimeo. 
 

Antara langkah yang perlu dilakukan ialah

1) Taip nama video yang ingin dicari contohnya video "Cara Menanam Pokok".

 

 

2) Pilih video yang bertepatan.

3) Mainkan video tersebut semasa sesi pengajaran set induksi.

 

 

 

Penggunaan Audio dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Audio merupakan satu bahan bantu belajar yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Audio mempunyai pelbagai jenis bentuk format seperti mp3, wav dan lain-lain lagi. Setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri. 

Penggunaan audio dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian seperti mengenal bunyi huruf. Ini sangat membantu murid dalam membunyikan huruf-huruf dengan lebih tepat lagi.

Terdapat pelbagai audio yang boleh kita dapatkan seperti audio di dalam bentuk VCD/CD, radio dan kaset atau di dalam internet seperti di laman 4shared.com.

Berikut merupakan langkah-langkah menyediakan bahan berbentuk audio.

 

1) Masukkan CD Bahasa Melayu di dalam ruangan cakera keras

 

2) mainkan video tersebut mengunakan perisian Windows Media Player

 

Penggunaan Imej dalam Pengajaran Bahasa Melayu

 

Imej merupakan satu perisian yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Pada zaman dulu, imej yang maujud seringkali disediakan oleh guru dan ada yang tersimpan di dalam setor kelas. Namun pada era globalisasi yang semakin pesat kini, penggunaan imej maujud tidak lagi digunakan sebaliknya guru beralih kepada penggunaan bahan-bahan elektronik bagi menggantikannya.

Penggunaan imej dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian seperti karangan. Dalam mengajar karangan di dalam kelas, imej-imej boleh digunakan sebagai rangsangan untuk memulakan penulisan.

 

1) Terdapat pelbagai imej yang boleh kita dapatkan di dalam enjin pencarian sama ada "google" atau " yahoo!". Dalam pencarian imej tersebut, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti.

2) Setelah anda membuka halaman enjin pencarian, anda perlu halakan tetikus pada bahagian penjuru kiri sebelah atas. Klik pada perkataan image.

Kemudian, taipkan imej yang anda inginkan di dalam ruangan yang disediakan dalam enjin pencarian seperti contoh di bawah.

3) Setelah anda selesai taipkan imej yang ingin dicari, anda seterusnya perlu menhalakan tetikus dan menekan butang "search" atau pada ruang yang membentuk imej kanta berwarna biru. Anda juga boleh menekan butang "ENTER" yang terdapat pada papan kekunci komputer anda.

4) Kemudian, anda akan dapat lihat beberapa contoh kepingan gambar akan muncul pada skrin komputer anda. Di sini, anda boleh memilih mana-mana gambar yang anda berminat. Apabila anda sudah memilih gambar yang dikehendaki, klik pada gambar tersebut sehingga menampakkan seperti di bawah.

5) Pada sudut kanan gambar di atas ini terdapat beberapa pautan. anda boleh menekan pautan "full-size image" untuk melihat saiz sebenar gambar yang anda pilih. Seterusnya, anda perlu klik butang kanan tetikus dan klik pada " save this image ". Kemudian tentukan folder yang ingin anda simpan imej yang telah dimuat turun. Berdasarkan gambar yang telah dipilih, guru boleh merangka soalan-soalan yang bersesuaian untuk diajarkan di dalam kelas.

 

Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

 

Dengan menggunakan kata kunci yang tepat, kita mampu mencari pelbagai bahan pengajaran yang diperlukan dalam laman web. Hal ini kerana, laman web atau sesawang memiliki sumber maklumat yang begitu banyak dan tidak terhad. Penggunaan laman web bukan sahaja memudahkan pencarian maklumat, malahan juga dapat menjimatkan masa. Sebagai contoh, cikgu Awang ingin mendapatkan petikan contoh karangan. Contoh petikan karangan tersebut ialah bertemakan pencemaran alam sekitar. 

Taipkan kata kunci atau frasa iaitu "artikel pencemaran alam sekitar" pada ruangan dalam enjin pencarian. Kemudian diikuti dengan menekan butang "search" atau " ENTER". 

Kemudian akan wujud beberapa sub-sub tajuk yang dicadangkan oleh pada laman sesawang. Pilih mana-mana sub tajuk yang sesuai dan dikehendaki. setelah membuat pilihan, klik pada sub tajuk yang bertulisan warna biru dan tunggu sehingga paparan seterusnya muncul. 

Gambar di atas menunjukkan beberapa contoh karangan yang wujud setelah kita mengklik sub tajuk yang telah kita pilih. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mendapatkan artikel pada skrin di atas. Antaranya ialah dengan menggunakan kaedah " copy" dan "paste". Langkah pertama, hitamkan pada keseluruhan skrin tersebut. klik butang kanan pada tetikus dan pilih "copy". Seterusnya buka microsoft word dan klik pada butang kanan dan pilih "paste". Anda akan mendapati bahawa artikel tersebut telah dipindahkan kepada microsoft word dan anda boleh menyimpan pada folder yang anda inginkan.

PENYIMPANAN BAHAN DALAM BENTUK KATALOG INTERNET

1)  Bahasa Melayu di Malaysia?

URL           : https://bit.ly/y91DTV

Sinopsis     : Artikel berkisar tentang kedudukan Bahasa Melayu di dalam masyarakat Malaysia sekarang.

 

2)  Sistem Pendidikan PPSMI

URL           : https://bit.ly/A2CCdN

Sinopsis     : Artikel mengenai tahap relevan penggunaan PPSMI dalam sisitem pendidikan negara.

 

3)  Bahasa Kebangsaan dan 13 Mei

URL           : https://www.freewebs.com/suaraanum/0510a02.htm

Sinopsis     : Artikel mengenai kejadian 13 Mei mungkin akan berulang jika masyarakat tidak bersatu bahasa.

 

4)  Nilai Sebenar Bahasa Melayu

URL           : https://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/572/nilai-sebenar-bahasa-melayu

Sinopsis     : Artikel mengenai nilai sebenar Bahasa Melayu di dalam struktur masyarakat.

 

5)  Bulan Bahasa Kebangsaan

URL           : https://www.bubbles182.com/2010/10/oktober-bulan-bahasa-kebangsaan.html

Sinopsis     : Artikel mengenai sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.

 

6) Pidato Peringkat Kebangsaan

URL            : https://web.jiaozong.org.my/doc/2010/rnr/brosur_pidato.pdf

Sinopsis     : Artikel mengenai Festival Bahasa dan Sastera yang menganjurkan pertandingan Pidato Kebangsaan

 

7) Asal - usul Pantun

URL            : https://pantun.usm.my/makalah1-1.asp

Sinopsis     : Artikel menghuraikan tetang pantun  Melayu.

 

8) Kesalahan Dalam Berbahasa

URL            : https://tatabahasabm.tripod.com/tata/salahtata.htm

Sinopsis     : Artikel menerangkan beberapa jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penutur.

 

9) Penghantaran Guru Bahasa Melayu ke Luar Negara

URL            : https://beritaharian.org/cadangan-hantar-guru-bahasa-melayu-ke-luar-negara.html

Sinopsis     : Artikel dari Berita harian yang mencadangkan guru bahasa Melayu dihantar ke luar negara

 

10) Dilema Bahasa Melayu

URL            : https://ilzaf.multiply.com/journal/item/63/DILEMA_BAHASA_MELAYU_-_Antara_Keegoan_dan_Kemandulan_Minda?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

Sinopsis     : Artikel mengenai persoalan yang melanda pengguna bahasa Melayu