MINGGU 5

 

Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu.
     
Jenis Mod Penerangan Contoh
1.Penerokaan

- medium atau pengantara untuk mencari dan mengakses maklumat.

- mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara.

- membentuk kefahaman mengenai sesuatu perkara.

 
2.Komunikasi

- medium penghubungan antara guru dan pelajar yang berbeza lokasi.

- sesuai untuk pembelajaran kolaburatif.

 
3.Aplikasi

- membantu pelajar melaksanakan tugasan dan menyalurkan maklumat kepada orang lain.

- memproses data kerja lapangan dengan cepat.

- sesuai untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia.

 
4.Tutorial

- menyampaikan isi pelajaran mengikut susunan.

- sesuai digunakan dalam kelas yang mempunyai pelajar yang ramai dan berbeza keupayaan. 

 

 

PENEROKAAN

  • Mod penerokaan ialah mod yang digunakan sebagai medium atau perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet.
  • Mod penerokaan juga digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau keadaan secara tunjukcara dibawah kawalan pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dibawah kawalan sistem.
  • Mod penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Mod penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan iaitu pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.

Kebaikan Mod Penerokaan

  • Mod penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan kepada pelajar dan guru. 
  • Pelajar ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar.
  • Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping meberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka.
  • Memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

 

     
Mod Penerokaan Deskripsi Laman Web 

Pautan

Mod yang digunakan sebagai medium atau perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet. 

Laman ini memaparkan cara-cara murid untuk menggunakan internet dengan pantas dan berkesan

 

https://dept.sccd.ctc.edu/tlc/resources/teach.html

 

https://www.logintolearn.com/uti/section2_1.html

     

 

 

 

KOMUNIKASI

  • Mod komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran TMK digunakan sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar di lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau kombinasi lain. Contohnya Chat, Email, Audio Video Conference dan laman web.
  • Mod komunikasi sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan.

KEBAIKAN MOD KOMUNIKASI

Seperti mod-mod yang lain, mod komunikasi juga mempunyai kebaikan tersendiri. Antara kebaikan dalam mod komunikasi ialah :

  • Memupuk sikap berinterksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
  • Mod ini juga dapat memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran.
  • Maklumat-maklumat terkini juga mudah didapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain.

 

APLIKASI

 

  • Mod aplikasi dalam pembelajaran yang beteraskan TMK digunakan sebagai mekanisma penyaluran maklumat untuk membantu pelajar   melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada pelajar yang lain.
  • Mod aplikasi sesuai digunakan dalam memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah diintepretasi. Contohnya dalam  memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen.
  • Mod juga sesuai digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau menyisih data.

KEBAIKAN MOD APLIKASI

  • Mod aplikasi memberi kebaikan kepada pelajar dimana pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan.
  • Pelajar-pelajar juga dapat meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran komputer sesuai dengan penggunaan komputer dialam pekerjaan kelak.

 

TUTORIAL

 

  • Didalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, mod tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
  • Mod tutorial adalah sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.Ia juga sesuai digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri. Di samping itu, mod tutorial ini juga sesuai digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif.

KEBAIKAN MOD TUTORIAL

Mod tutorial mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah :

  • Mod tutorial dapat mengindividukan pelajar. 
  • Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru. 
  • Mod tutorial juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
     
Mod Tutorial Deskripsi Laman Web Pautan
www.tutor.com Laman web ini menyediakan beberapa maklumat yang dapat dipelajari oleh pelajar. https://www.tutor.com.my/tutor/content.asp?e=UPSR&s=BM&b=OKT

 

Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

 

Buka laman web "webnode.com" dan daftarkan maklumat-maklumat yang diperlukan.

 

Pilih laman web mengikut keperluan anda.

 

Pilih template yang sesuai.

 

Daftar nama laman pembelajaran dan slogan.

 

Pendaftaran selesai, klik butang "Finish".

 

Laman pembelajaran boleh diakses dan diedit.

 

 

Laman Web Pembelajaran

 

https://lamanpendidikbahasamelayu.webnode.com/

 

 

MODEL ASSURE

 

 

Model ASSURE mengandungi enam langkah:

  • analisis ciri pelajar
  • nyatakan objektif
  • pilih media dan bahan
  • gunakan media dan bahan
  • libatkan pelajar
  • nilai dan semak semula media dan bahan.

 

1. Analisis ciri pelajar.

a) Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi,

b) Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan  dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar. 

 

2. Nyatakan objektif-objektifpembelajaran secara khusus.

a) Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.

b) Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.

 

3. Pilih media dan bahan.

Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

 

4. Gunakan alat/bahan pengajaran.

a) Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.

b) Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

c) Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar.

d) Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyata kan tujuan dan objektif pembelajaran.

e) Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?

 

5. Libatkan pelajar.

Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti mem buat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagai nya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta?merta diberi selepas pelajar memberi tindak  balas yang betul (Skinner, 1954).

 

 6. Nilai dan semak semula bahan.

Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan:

  1. Adakah objektif-objektifpembelajaran tercapai?
  2. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran-pembelajaran? Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul?
  3. Adakah suasana pembelajaran selesa?
  4. Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?