Tajuk 6

 

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusuan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

 

Pengenalan

 

Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja. Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.

 

1. Struktur Linear

  •   Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.
  • Sistem ini mudah kerana pengguna hanya perlu tekan butang "seterusnya" untuk maklumat yang diperlukan.
  • Namun, sistem ini mempunyai kelemahan iaitu agak membosankan kerana tiada pilihan di bahagian menu dan pengguna tidak diberi kebebasan untuk memilih.

Klik pada gambar untuk contoh.

 

2. Struktur Hierarki

  • Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil           atau sub topik.
  • Sistem ini paling banyak digunakan di dalam sesuatu laman sesawang kerana ruang lingkupnya yang sangat kreatif dan memudahkan pengguna.
  • Tetapi, jika pengguna tidak tahu menu mana yang patut dibuka, ini akan memberi kesukaran kepada pengguna untuk mencari bahan yang diperlukan.

Klik pada gambar untuk contoh.

 

3. Struktur Komposit

  • Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
  • Sistem ini memberikan kelebihan kepada pembina laman sesawang yang berprofil tinggi.
  • Namun, ini akan menyukarkan pengguna biasa bagi menggunakan sistem ini.

Klik pada gambar untuk contoh.

 

4. Struktur Rangkaian

  • Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
  • Memudahkan kerana pembina laman sesawang hanya perlu mencari maklumat pada laman sesawang lain untuk di buat pautan.
  • Lebih banyak maklumat dapat diperoleh jika menggunakan sistem ini.