Tajuk 2

 

Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

·         Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.

·         Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

 

 

Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

·          Cari maklumat tentang beberapa enjin pencari utama seperti Google, Yahoo, Ask.com dan sebagainya

·         Bagaimanakah menggunakan enjin pencari bahan dalam p&p Bahasa Melayu

 

Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.

 

 

 

 

JENIS-JENIS ENJIN PENCARIAN

1) GOOGLE

Google merupakan enjin carian yang paling popular di dunia. Dianggarkan hampir 70% pengguna internet di dunia menggunakan Google. Ini kerana Google merupakan enjin carian yang baik dan pantas. Rupa bentuk ia juga menarik.

 

2) YAHOO

Sebelum mana-mana enjin carian telah wujud. Yahoo merupakan enjin carian pertama yang dicipta. Enjin ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan popular kerana banyak menyediakan e-mel percuma kepada penggunanya.

 

3) BING

Dahulunya Bing dikenali sebagai MSN Explorer, namun selepas beberapa perubahan, Bing telah dihasilkan. Bing lebih digemari oleh pengguna Windows di mana mereka menggunakan perisian Windows 7, Vista dan XP

BAGAIMANAKAH MENGGUNAKAN ENJIN PENCARI BAHAN DALAM P&P BAHASA MELAYU

 

 

Dengan menggunakan kata kunci yang tepat, kita mampu mencari pelbagai bahan pengajaran yang diperlukan dalam laman web. Hal ini kerana, laman web atau sesawang memiliki sumber maklumat yang begitu banyak dan tidak terhad. Penggunaan laman web bukan sahaja memudahkan pencarian maklumat, malahan juga dapat menjimatkan masa. Sebagai contoh, cikgu Awang ingin mendapatkan petikan contoh karangan. Contoh petikan karangan tersebut ialah bertemakan pencemaran alam sekitar. 

Taipkan kata kunci atau frasa iaitu "artikel pencemaran alam sekitar" pada ruangan dalam enjin pencarian. Kemudian diikuti dengan menekan butang "search" atau " ENTER". 

Kemudian akan wujud beberapa sub-sub tajuk yang dicadangkan oleh pada laman sesawang. Pilih mana-mana sub tajuk yang sesuai dan dikehendaki. setelah membuat pilihan, klik pada sub tajuk yang bertulisan warna biru dan tunggu sehingga paparan seterusnya muncul. 

Gambar di atas menunjukkan beberapa contoh karangan yang wujud setelah kita mengklik sub tajuk yang telah kita pilih. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mendapatkan artikel pada skrin di atas. Antaranya ialah dengan menggunakan kaedah " copy" dan "paste". Langkah pertama, hitamkan pada keseluruhan skrin tersebut. klik butang kanan pada tetikus dan pilih "copy". Seterusnya buka microsoft word dan klik pada butang kanan dan pilih "paste". Anda akan mendapati bahawa artikel tersebut telah dipindahkan kepada microsoft word dan anda boleh menyimpan pada folder yang anda inginkan.

Bahan-bahan Video

MENGUMPUL BAHAN DARIPADA INTERNET KE DALAM FOLDER BERDASARKAN KEMAHIRAN BAHASA