Minggu 1

Assalamualaikum.

Pada minggu ini, kami memulakan pembelajaran dengan melihat sepintas lalu sukatan pelajaran BMM3105 yang kami ikuti pada semester ini. Penerangan yang jelas telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu Encik Latib. Seterusnya kami didedahkan dengan topik awal pembelajaran pada minggu ini. Kami didedahkan secara ringkas tentang pembinaan lawan web menggunakan  "webnode". 

Kami rasakan ini mungkin memudahkan kami kerana pada semester yang lepas, kami telahpun mempelajari serba sedikit mengenai pembikinan laman web menggunakan webnode. Perisian yang terdapat di dalamnya kebanyakkannya sudah kami kuasai. Kami rasakan, pembelajaran kami mungkin akan menjadi lebih mudah apabila kami memasuki tajuk pembinaan laman web nanti.