minggu 10

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini, kami akan mempelajari cara-cara untuk membina bahan video dan juga audio untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Kami pada awalnya melihat hasil kerja yang telah dihasilkan oelh pensyarah sebagai panduan kepada kami untuk menghasilkan bahan kami sendiri.

                Pensyarah kami memperkenalkan satu perisian pembinaan audio yang terdapat di dalam komputer ribanya dan mengaplikasikannya dihadapan kami supaya kami dapat mengetahui fungsi-fungsi bagi setiap aplikasi yang ada di dalamnya. Kami cuba menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang diberikan oleh beliau supaya kami dapat menggunakan aplikasi tersebut dengan baik. Kami mendapatkan perisian tersebut daripada beliau untuk dimasukkan ke dalam komputer riba kami supaya ianya lebih memudahkan kami dan tidak perlu menunggu masa yang lama untuk memuat-turun perisian tersebut melalui internet.

                Setelah mendapatkan perisian tersenut, kami berbincang mengenai tajuk yang akan kami ajarkan kerana kami perlu menghasilkan satu video dan audio untuk diaplikasikan di dalam kelas. Kami boleh menentukan sama ada video yang hendak dihasilkan tersebut hendak diletakkan pada awal, pertengahan atau pada akhir pengajaran. Jika kami mahu letak pada bahagian set induksi, maka panjang masa video dan audio yang kami hendak hasilkan mestilah tidak melebihi dari pada lima minit.

                Kami berasa sangat terhibur mempelajari topik ini berbanding dengan topik-topik yang lain kerana topik ini memerlukan kami untuk mengaplikasi perisian video dan audio. Disamping itu, kami juga sekali-sekala dapat bermain dan juga berhibur semasa mengaplikasikan perisian tersbut. Tambahan pula ianya tidak begitu susah kepada kami untuk menggunakannya. Kami mengambil tempoh masa yang agak panjang untuk menghasilkan video dan audio kerana mungkin pengusaan kami dalam penggunaannya masih lagi lemah. Jadi, kami akan tingkatkan kemahiran kami dari semasa ke semasa dalam mengaplikasikannya.

                Kami memilih untuk meletakkannya pada bahagian set induksi dan minit vidoe tersebut telah kami tetapkan kurang dari lima minit. Kemudian kami menyediakan RPH untuk memasukkan video dan juga audio yang telah kami hasilkan untuk diajarkan kepada murid di dalam kelas. Kami berharap, perancangan kami ini akan berjaya.