Kata Ganti Nama 1

 

Kata Ganti Nama

 

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.

Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

2. Kata ganti diri terdiri daripada:

(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);

(b)kata ganti diri singkat;

(c) kata ganti tanya;

(d) kata ganti tempat; dan

(e) kata ganti tak tentu.

Gantinama Diri

Kata Ganti Diri Pertama

1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.

2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

 

Kata Ganti Nama Diri Pertama Penggunaannya

aku       tunggal 

digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan.
saya tunggal  digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi.
hamba tunggal  digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
patik ( tunggal ) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta  tunggal digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami tunggal digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.

kita

jamak

digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.


Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

 

Bentuk Contoh kata nama diri pertama
tunggal beta, patik, aku, saya, hamba
jamak kita, kami,