Selamat datang ke laman ilmuan kami.
Objektif penubuhan laman ini bertujuan untuk berkongsi segala maklumat dan ilmu pendidikan yang berguna khasnya Bahasa Melayu. Ini merupakan peluang keemasan untuk kita bersama-sama menjadi insan yang cemerlang dan berilmu.
Selamat meneroka dari kami pihak Laman Pendidik.
إِعْمَلْ لِدُنْيَاكَ كَأَنَّكَ تَعِيْشُ أَبَدًا وَاعْمَلْ ِلآخِرَتِكَ كَأَنَّكَ تَمُوْتُ غَدًا
Maksudnya:
“beramallah untuk dunia kamu seolah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhirat kamu seolah kamu akan mati esok hari”
Ungkapan ini sebenarnya merupakan ucapan Ibn `Umar radiyallahu `anhuma dan bukannya hadis Nabi.
Namun, Islam sememangnya menggalakkan umatnya bekerja membina tamadun dunia kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebagai khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah. Namun, kerja-kerja membangunkan dunia itu mesti dalam ruang lingkup peraturan yang ditetapkan oleh Allah agar ia menjadi satu bentuk ibadah (perhambaan diri) kepada Allah.