Minggu 9

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Topik yang kami pelajari pada minggu ini ialah prosedur-prosedur mengedit bahan pengajaran Bahasa Melayu secara Dalam Talian. Pengeditan bahan pengajaran atas talian bermaksud menggunakan perisian yang terdapat dalam internet untuk mengedit bahan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai perisian percuma dalam internet yang membolehkan guru-guru untuk membina dan mengedit bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

                Dalam melakukan pengeditan kami perlu mengikuti prosedur pengeditan iaitu

·         mengetahui URL perisian pengeditan.

·         Mendaftar terlebih dahulu sebagai menerima terma dan syarat pengendalian perisian.

·         Memilih bahan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam perisian atas talian.

·         Mengedit bahan atas talian.

Prinsip-prinsip pengeditan bahan atas talian iaitu

·         Mahir menggunakan perisian.

·         Melakukan proses pengeditan atas talian.

·         Mengedit bahan yang dibina sendiri

·         Mengedit untuk disesuaikan dengan kegunann sendiri

·         Tidak melanggar terma dan syarat perisian.

 

Penyarah kami menyediakan pautan untuk kami melakukan kerja pengeditan dengan mengunakan talian brosur, news letter, dan juga kad pengumuman. Kami perlu menghasilkan bahan-bahan tersebut serta menyediakan rancangan pengajaran harian dalam menjalankan aktiviti pengeditan di dalam kelas bersama dengan murid berdasarkan tema yang diinginkan. Alhamdulillah, kami telah berjaya menghasilkan tiga rancangan pengajaran harian berdasarkan ketiga-tiga pautan pengeditan tersebut. Kami berharap, RPH yang kami hasilkan itu sesuai dari segi langkah dan juga peringkat perkembangan pelajar di dalam kelas yang kami sasarkan.