Minggu 6

 

Minggu 6

                Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini, kami mempelajari cara-cara membina dan mengaplikasikan struktur pautan dalam bentuk penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selepas kami mengikuti kuliah yang diberikan oleh pensyarah pembimbing, kami memahami bahawa sistem pautan ini lebih dikenali sebagai hiperlink dan lebih sistematik seta mudah digunakan kerana ianya membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan hanya menekan satu klik sahaja. Kami juga dpat mengelaskan struktur ini kepada beberapa jenis iaitu struktur linear, struktur herarki, struktur komposit, dan struktur rangkaian.

                Keempat-empat jenis struktur linear ini amat menarik kepada kami kerana kami pada sebelum ini kami hanya mempunyai kemahiran dalam membuat hiperlink sahaja, tetapi kami tidak mengetahui jenis-jenis bentuk hiperlink yang kami hasilkan. Tabahan pula kami mempelajari tiga bentuk struktur yang belum kami aplikasi iaitu struktur herarki, komposit dan juga rangkaian. Jadi kami mencuba untuk mendalami topik ini dan cuba untuk mengaplikasikannya dengan baik dalam menghasilkan hasil kerja kami terutama dalam menghasilkan papan cerita menggunakan perisian Microsoft Power Point. Namun begitu, struktur-struktur linear ini dapat diaplikasikan mengikut kesesuainya bukan dengan cara sesuka hati. Ianya bergantung kepada bentuk papan cerita yang hendak kita hasilkan dan perlu meniktikberatkan hal ini jika kita mahukan pemilihan struktur yang sesuai.

                Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar dan penghuraian yang diberikan oleh pensyarah, kami berjaya menguasai serba sedikit mengenai tajuk ini dan dianggarkan 90 peratus kami berjaya menggunakannya dengan baik. insyaAllah, kami akan kembangkan lagi penggunaannya dalam pembelajaran harian kami.