Minggu 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini, kami meneruskan pembelajaran mengenai penerokaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Terlebih dahulu kami melihat contoh yang telah ditunjukkan oleh pensyarah dalam laman web beliau. Tajuk pada minggu ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan tajuk yang telah kami pelajari pada minggu sebelum ini iaitu menghasilkan pautan berdasarkan kepada sastera, tatabahasa, dan juga bidang ilmu lain.

    Kami telah membuat penerokaan dalam internet menggunakan enjin pencarian. Alhamdulillah kami telah menemui beberapa jenis bahan yang sesuai untuk pengajaran di dalam kelas berdasarkan kepada ketiga-tiga tajuk yang dikemukakan. Seperti biasa kami memautkan bahan-bahan yang diteroka tersebut ke dalam laman web kami untuk tatapan pengunjung. Selain daripada motif asal iaitu menyiapkan kerja berdasarkan kehendak proforma, kami juga berharap maklumat-maklumat yang telah kami sediakan ini dapat memberi manfaat kepada para pengunjung.