Minggu 3

Assalamualaikum.

Pada minggu ini, kami memasuki ke tajuk yang seterusnya iaitu memuat turun dan juga memuat naik artikel. Artikel tersebut bertajuk "Etika Penggunaan Internet". Pada mulanya, kami dikehendaki memuat turun artikel tersebebut berdasarkan pautan yang terdapat pada laman web pensyarah kami. Kemudian kami perlu menghasilkan brosur berdasarkan kepada artikel yang telah dimuat turun. Bukan itu sahaja, kami juga perlu memindahkan artikel tersebut ke dalam bentuk Power Point dan juga Words. 

    Setelah memindahkan kepada brosur, power point dan juga words, kami menjadikannya dalam bentuk fail zip. Kaedah untuk menjadikan ketiga-tiga bentuk perisian tersebut  ke dalam bentuk fail zip ditunjuk ajar oleh pensyarah. Ada diantara kami mempunyai pengetahuan dalam tatacara menhasilkan fail zip ini dan menjadikannya lebih mudah. Kemudian, fail tersebut dimuat naik dalam laman web kami untuk tatapan pengunjung. Alhamdulillah, sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu ini berjalan dengan jayanya dan banyak ilmu yang telah dipelajari.