Minggu 12

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini, kami merasakan topik yang akan kami pelajari ini agak kompleks kerana ianya mencakupi banyak sub-sub topik yang oerlu dipelajari. Topik pada minggu ini ialah menghasilkan reka bentuk koswer berdasarkan beberapa jenis reka bentuk iaitu latih tubi, tutorial, simulasi, permainan pendidikan, dan penyelesaian masalah. Jenis-jenis reka bentuk tersebut telah kami huraikan di dalam laman web kami mengenai tujuan dan juga kesesuaian pelaksanaannya.

                Model Pembangunan Koswer Pengajaran Berbantukan Komputer yang akan kami bina ialah berpandukan kepada Model Sistem Instruksional oleh Alessi dan Trollip (2001). Kami perlu menghasilkannya berdasarkan kepada terma-terma yang telah ditetapkan di dalamnya. Pada awalnya, kami merasakan ianya begitu susah kepada kami tambahan pula kami perlu melakukan pelbagai kerja untuk menyiapkannya. Namun, kami harus mencuba menyiapkannya dan menghasilkan koswer yang menarik.

                Koswer ini memerlukan kami untuk membina papan cerita berpandukan kepada pengajaran yang kan kami lakukan di dalam kelas dengan mengaplikasikan teori tersebut. dalam usaha menghasilkannya, kami perlu merujuk pelbagai bahan dan membuat kajian yang terperinci supaya kami dapat memahami konsepnya. Dengan ini, insyaAllah akan memudahkan kami untuk menyiapkannya dengan lebih cepat dan menepati kehendak pensyarah.

                Alhamdulillah, kami akhirnya berjaya menghasilkan satu papan cerita atas daya usaha kami. Kami mengaplikasikan segala tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah. Harapan kami pada kali ini ialah tidak lain tidak bukan pensyarah berpuas hati dengan hasil yang telah kami siapkan. Kami telah berusaha sedaya yang mungkin dan hasilnya diharapkan juga memuaskan hati pengunjung laman web kami.