Kata Ganti Nama Diri 3

 

Kata Ganti diri ketiga

kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti

mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.

Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.


Bentuk Contoh
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka

 

Kata Ganti Nama Diri Ketiga Penggunaannya
baginda tunggal  digunakan untuk raja dan sultan.
beliau tunggal 

digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya

ibu bapa, guru, dan pemimpin.

dia dan ia tunggal  digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka  jamak  digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

 

 

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.

1. Dia pegawai pendiaikan

2. Mereka itu orang India.

3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.

4. Ia diburu oleh pihak polis.

5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.

6. Dia menolong bapanya.

7 "Sekiranya tiada halangan, kami akan berangkat esok pagi ,” kepada Bendahara.

8 "Sertailah peraduan ini. Berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.

9 " Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.