Selamat datang ke laman ilmuan kami.

 

Objektif penubuhan laman ini bertujuan untuk berkongsi segala maklumat dan ilmu pendidikan yang berguna khasnya Bahasa Melayu.  Ini merupakan peluang keemasan untuk kita bersama-sama menjadi insan yang cemerlang dan berilmu. 

Selamat meneroka dari kami pihak Laman Pendidik.

 

 

 

 

إِعْمَلْ لِدُنْيَاكَ كَأَنَّكَ تَعِيْشُ أَبَدًا وَاعْمَلْ ِلآخِرَتِكَ كَأَنَّكَ تَمُوْتُ غَدًا

Maksudnya:

“beramallah untuk dunia kamu seolah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhirat kamu seolah kamu akan mati esok hari”

Ungkapan ini sebenarnya merupakan ucapan Ibn `Umar radiyallahu `anhuma dan bukannya hadis Nabi.


Namun, Islam sememangnya menggalakkan umatnya bekerja membina tamadun dunia kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sebagai khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah. Namun, kerja-kerja membangunkan dunia itu mesti dalam ruang lingkup peraturan yang ditetapkan oleh Allah agar ia menjadi satu bentuk ibadah (perhambaan diri) kepada Allah.